PERBEZAAN KEMUNCULAN NABI ISA AS DAN DAJJAL MENGIKUT HADIS DAN BIBLE

PERBEZAAN KEMUNCULAN NABI ISA AS DAN DAJJAL MENGIKUT HADIS DAN BIBLE



Mengikut hadis nabi Muhammad saw, nabi isa as akan turun dari langit sambil memegang sayap malaikat. pada masa imam mahdi dan muslimin ingin menunaikan solat subuh di masjid,mereka akan menyaksikan penurunan baginda. (hadis 70 ribu bani ishaq menakluk rom) (hadis nabi isa turun dimenara putih) Manakala kemunculan dajjal pula hanya dikatakan muncul ditimur berhampiran merv, isfahan,khurasan di iran. (hadis tamim addari, hadis pengikut dajjal di isfahan) 


diriwayatkan an-Nawwas bin Sam’an:   

فَبَيْنَمَا هُوَ كَذَلِكَ إِذْ بَعَثَ اللهُ المَسِيحَ ابْنَ مَرْيَمَ، فَيَنْزِلُ عِنْدَ المَنَارَةِ البَيْضَاءِ شَرْقِيَّ دِمَشْقَ، بَيْنَ مَهْرُودَتَيْنِ، وَاضِعًا كَفَّيْهِ عَلَى أَجْنِحَةِ مَلَكَيْنِ، إِذَا طَأْطَأَ رَأْسَهُ قَطَرَ، وَإِذَا رَفَعَهُ تَحَدَّرَ مِنْهُ جُمَانٌ كَاللُّؤْلُؤِ، فَلَا يَحِلُّ لِكَافِرٍ يَجِدُ رِيحَ نَفَسِهِ إِلَّا مَاتَ

Baginda  Alaihissallam turun di Menara Putih yang terletak sebelah timur kota Damaskus di Syam . Baginda menggunakan dua pakaian yang dicelup sambil meletakkan kedua tangannya pada sayap dua malaikat, apabila baginda menundukkan kepala, maka (seolah-olah) meneteskan air, apabila baginda mengangkat kepala maka (seolah-olah) berjatuhanlah titisan-titisan itu bagai manik-manik mutiara. Tidak seorang kafir pun yang mencium nafas Nabi Isa melainkan akan mati padahal nafasnya sejauh mata memandang (Sahih, HR Muslim).   

عن عمران بن حصين رضي الله تعالى عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : لاتزال طائفة من أمتي يقاتلون على الحق , ظاهرين على من ناوأهم حتى يقاتل آخرهم المسيح الدجال   

Nabi Isa AS turun di tengah golongan yang dimenangkan (ath-Tha-ifatul Manshurah) yang berperang di jalan haq dan berkumpul untuk memerangi Dajjal (Sahih, HR Muslim, Ahmad, Abu Awanah, Ibnul Jarud, dan Ibnu Hibban.



Mengikut bible, prophet jesus akan kembali semula kebumi seperti mana baginda telah diangkat kelangit, bermakna kedatangan prophet jesus adalah turun kebumi dari langit semula, turun baginda bersertakan saksi pengikutnya di Judea dan samaria. Bermakna saksi saksi dijerusalem adalah umat islam,bani ishaq islam manakala disebelah lainnya dajjal,pengikut yahudi,orang kafir dan yang sembunyi didalam gua atau hutan terhalang daripada menyaksikan penurunan nabi isa as oleh allah swt disaat dajjal dan pengikutnya mahu menyerang tentera dan umat islam pimpinan imam mahdi di damascus.




Dragon/naga adalah iblis, beast of the sea adalah dajjal/antichrist dikatakan keluar dari jurang yang dalam atau dari lautan, manakala second beast pula dikatakan muncul dari dalam bumi (addabbah :penyelewengan dari bible), dikatakan beast of the earth akan menandakan manusia manusia yang mengikut beast of the sea /dajjal. 


Dajjal mungkin berasa marah kerana kemunculannya pada masa rom dan jerusalem telah ditawan. Mungkin dajjal ingin meniru kemunculan seperti nabi isa as dilangit pada tempat jerusalem tapi tidak diizinkan oleh Allah swt.





Sepertimana dakwaan admin yang gog dan magog dan fallen angels/malaikat pemberontak/syaitan jin diselewengkan, admin mengatakan beast of the earth /addabbah adalah penyelewengan juga didalam bible kerana didalam alquran addabbah itu akan membuktikan keterangan keterangan allah bukannya mengikut telunjuk iblis dan dajjal, tugasnya menandakan manusia manusia yang telah mengambil dajjal dan iblis sebagai tuhan dan menolak keterangan keterangan Allah. Addabbah dan yakjuj makjuj diterangkan sedikit sahaja didalam alquran tapi pada kitab bible keterangan tentang  beast of the earth dan gog and magog sangat menonjol dan banyak seperti ia telah ditambah dan diubah.(ayat alquran yahudi dan nasrani mengubah firman allah surah albaqarah ayat 79,101,140,146,159,174.alimran ayat 70,71,75,78,187.annisa ayat 46.almaidah ayat 13,15,41.alanam ayat 91.alaraf ayat 162)


Admin menapis ayat bible dengan alquran dan hadis pada ayat-ayat menunjukkan persamaan.


Kesimpulannya berdasarkan hadis dan bible tersebut, nabi isa as akan turun dari langit, manakala dajjal/antichrist akan muncul dari dasar laut atau di tempat tempat gelap yang berada di bumi bukannya muncul dilangit seperti dakwaan sesetengah orang.

Keterbatasan sihir dan teknologi dajjal hanya pada tempat yang belum dijelajah olehnya,jika laknatullah itu ingin meniru kemunculan dari langit,maka laknatullah itu mungkin perlu buat ditempat lain,maka laknatullah itu tidak mengikut ciri didalam kitab bible dan ahli kitab yang memahami kitabnya akan menolak dan melarikan diri darinya,dajjal tidak boleh melakukannya di mekah dan madinah kerana dijaga oleh malaikat malaikat,selepas dajjal dibunuh,nabi isa as akan mencari kaum yang dilindungi oleh allah untuk memberitahu darjat syurga mereka(kemungkinan ahli kitab,manusia yang percaya pada 1 tuhan dan umat islam yang uzur berlindung dan bersembunyi dari dajjal)(teori admin).


NABI ISA AS DAN KAUM YANG DILINDUNGI OLEH ALLAH SWT(AHLI KITAB?)

link akan datang


PEMERINTAHAN NABI ISA AS RAJA DAN HAKIM DIDUNIA SAMA SEPERTI RAJA ZULKARNAIN

Link akan datang


Wallahualam


Semoga allah memberi kita kebenarannya.aamiin


Ulasan