LEMBU DI COMMONWEALTH BIRMINGHAM 2022 DEWA BAAL?

HINT LEMBU DI COMMONWEALTH BIRMINGHAM 2022 DEWA BAAL?


Dewa baal dikenali sebagai dewa kesuburan, hujan, angin, kilat, cuaca, musim, perang, dan pelayar. 

Admin ringkaskan didalam video ini, hint pertama ialah METEOR yang banyak akan menghentam bumi di merata-rata tempat.(dalam video tunjuk meteor tu kristal untuk peserta ambil dan membawa kepada tempat pertandingan itu, hentaman tidak menunjukkan kehancuran). 

Kemudian video itu menunjukkan sejarah negara itu, admin ambil screenshot digambar kebakaran, air dan mata satu tu. (hint mungkin menunjukkan kehancuran ditempat meteor itu dan disusuli limpahan air TIDAL WAVE?) 

Selepas itu muncullah patung lembu gergasi bermata merah menunjukkan lembu itu dalam kemarahan, penari penari itu seperti ketakutan dan melakukan tarian untuk meredakan kemarahan lembu itu. (hint seperti yang diawal tadi perkenalan dan kuasa dewa baal, jadi ia merujuk kepada kehancuran bumi dari segi climate change, global warming, perang perang, pelarian, bencana bencana cuaca dan musim,dan ketidaksuburan. 

Datanglah peserta peserta pemegang kristal itu menenangkan lembu itu dengan kristalnya. Semua pemegang kristal itu mengangkat kristal didalam satu bangunan dan lembu itu menjadi tenang,lembu itu memberi cahaya didadanya kepada kristal itu(sedutan terlalu pendek admin tidak pasti siapa bagi cahaya dulu). Maka semua kristal bercahaya dan membentuk piramid dibawah lembu itu. (hint disini ialah pemegang kristal itu mungkin adalah ahli illuminati atau negara negara, untuk menghentikan bencana dan malapetaka ini, semua illuminati atau negara negara perlu bersatupadu dan bekerjasama mewujudkan 1 kerajaan dunia, one world government untuk kembali reset dunia dan bina kembali dibawah acuan illuminati. 

Kesimpulannya teori admin ialah, samada 7 tahun ini perang perangan akan banyak terjadi, bencana bencana semakin banyak kerana (lembu itu keluar dalam keadaan marah menunjukkan benda ini sudah dan sedang berlaku sebelum ia ditenangkan oleh 1 kerajaan dunia atau 2029 bermula kemarahan baal itu 2029/2030+7 tahun =2036/2037 1 kerajaan dunia wujud). 2029 asteroid apophis akan melawat bumi, 2030 pula ialah global reset. Kebetulan? Wallahuaklam. 

Semoga Allah melindungi dan memberi kita cahaya kebenarannya aamiin. 

Semoga Allah mengalahkan segala tipudaya dan muslihat musuh musuh agamanya aamiin. 

Ulasan